Santapan Jiwa

Loading...

Tuesday, October 19, 2010

Sejarah Bangsa Yahudi dan Zionisme

Israel telah berundur dari Gaza dan mengaku telah memenangi pertempuran tersebut. Gaza menjadi “padang jarak padang tekukur” setelah ia dilanyak sepuas-puasnya oleh golongan yang tidak berhati perut itu. Memang menjadi hasrat Israel untuk menawan seluruh Palestin dan kawasan sekitar bagi mewujudkan empayar Israel Raya.

Apabila memperkatakan tentang Israel atau Yahudi, maka kita tidak dapat mengelak daripada membincangkan juga tentang Zionisme. Zionisme merupakan suatu fahaman yang dibawa oleh Yahudi. Ia berasal dari ungkapan Taurat ‘Zion’ atau ‘Sion’ yang bermaksud kota atau batu, iaitu nama bagi sebuah bukit yang terletak di barat daya Baitulmaqdis. Menurut catatan Bible, Nabi Sulaiman telah membina sebuah tempat ibadah yang agung di atas gunung Zion yang dikenali sebagai Haikal Sulaiman. Menurut Kamus Dewan, istilah Zionis ialah pengikut atau penyokong kuat Zionisme. Zionisme telah muncul bersama-sama dengan agama Yahudi (Judaisme). Kita juga tidak akan mengetahui sejarah Zionisme tanpa meneliti asal-usul Yahudi terlebih dahulu.

Bangsa Yahudi berasal daripada keturunan Nabi Allah Ibrahim a.s. Ibrahim pula berasal daripada rumpun bangsa Semitik (Samiyyah) iaitu keturunan Sam bin Nuh. Beliau lahir dan menetap di Ur, sebuah Bandar di Babylon yang terletak di Lembah Mesopotamia (Selatan Iraq) iaitu antara Sungai Furat (Euphrates) dengan Sungai Dajlah (Tigris). Kemudian beliau berhijrah ke Palestin (Kana’an) untuk berdakwah di jalan Allah swt. Apabila Palestin ditimpa bencana kemarau dan kebuluran, beliau berpindah pula ke Mesir. Tetapi setelah beberapa ketika, beliau dan isterinya Sarah kembali semula ke Palestin sementara Siti Hajar, isteri keduanya dan puteranya Ismail ditinggalkan di Mekah sekitar tahun 2000 SM. Daripada keturunan inilah lahirnya Nabi Muhammad s.a.w.

Keturunan Ibrahim dan Sarah terus menetap dengan amannya di Palestin hingga ke zaman cucu mereka Nabi Ya’qub bin Nabi Ishaq a.s. yang digelar oleh Allah s.w.t sebagai Israel (hamba Allah yang taat). Berikutnya anak Nabi Ya’qub dikenali sebagai Bani Israel ataupun Yahudi (istilah yang berasal daripada ‘Yahuza’, nama salah seorang daripada putera Ya’qub sendiri). Walau bagaimanapun, nama Yahudi bagi bangsa itu hanya terkenal selepas berpecahnya kerajaan Nabi Sulaiman a.s. kepada dua bahagian, iaitu Kerajaan Israel yang berpusat di Judah (Selatan Palestin) dan Kerajaan Asbat Yahuza yang tertegak di Samaria (Utara Palestin). Episod ini berlaku sekitar 920 SM.

Dalam pada itu, agama Islam yang diajar oleh Nabi Ibrahim a.s dan para rasul yang terdahulu telah diselewengkan oleh para rahib Yahudi sehingga kerosakan moral, kekacauan dan kelemahan menimpa kedua-dua kerajaan tersebut. Dalam suasana yang demikianlah, Nebuchadnezzar, Raja kaum Kaldia dari Babylon telah memusnahkan Jerussalem dan membawa sekurang-kurangnya 50,000 orang Yahudi sebagai tawanan ke Babylon. Kemudian pada abad Pertama Masihi, tentera Rom yang diketuai oleh Maharaja Titus pula menyerang Judah sehingga hancur. Selepas kehancuran Judah, bangsa Yahudi mula bertebaran di seluruh dunia mencari perlindungan. Biasanya, mereka akan masuk ke negara-negara yang memiliki kerajaan yang hebat seperti kerajaan Firaun di Mesir, khilafah Uthmaniyah di Turki dan sebagainya.

Semasa dalam buangan (diaspora), orang-orang Yahudi diasuh untuk terus memelihara perasaan keterikatan dengan tanah kelahiran mereka. Bangsa Yahudi mulai melahirkan rasa rindu yang amat mendalam terhadap ‘Zion’ atau ‘Sion’. Ia juga merupakan benteng pertahanan kerajaan Daud a.s. Lantaran itu, bukit itu menjadi masyhur sebagai tempat suci bagi bangsa Yahudi. Malah mereka percaya bahawa Tuhan mereka Jehovah (Yahweh) ada di sana. Tetapi pergerakan yang asalnya berunsur agama dan kerohanian itu kemudiannya bertukar menjadi suatu ideologi yang menimbulkan pula kesedaran nasional.

Namun, di mana sahaja mereka berkampung, bangsa Yahudi tetap memelihara cara hidup mereka dengan mengamalkan segala ritus (upacara ibadat) dan sifat kemegahan bangsa. Mereka sentiasa dikhutbahkan dengan kerinduan dan impian terhadap Zion. Anak-anak mereka dididik untuk membaca teks-teks Taurat dan berdoa dengan mengadap Jerussalem dan menyanyi berulang-ulang kali tentang kerinduan mereka itu.

Istilah Zionisme hari ini bukanlah satu aliran pemikiran yang baru. Ia merujuk kepada gerakan Yahudi moden yang bertujuan untuk mendirikan sebuah negara Yahudi di Palestin yang sah. Gerakan ini buat pertama kalinya diformulasikan dalam satu persidangan Yahudi Sedunia di Basle, Switzerland pada 29-31 Ogos 1897. Cita-cita Zionis untuk membina negara Yahudi ini adalah berasaskan kepada prinsip asas dalam agama Yahudi iaitu “bumi yang dijanjikan Tuhan selama-lamanya untuk bangsa Yahudi”. Menurut Zionis, gerakan ke arah prinsip asas ini telah dilakukan semenjak kemusnahan Jerusalem oleh Nebudchadnezzar, maharaja kerajaan Babylon.

Menurut Roger Garaudy, gerakan Zionisme berlaku dalam dua tahap iaitu Zionisme sebagai sebuah gerakan keagamaan dan Zionisme sebagai sebuah gerakan politik.

a. Zionisme Sebagai Gerakan Keagamaan

Gerakan Zionisme sebagai sebuah gerakan keagamaan berkait langsung dengan konsep Messiah dalam agama mereka. Konsep Messiah atau dalam teori Eskatologi (teori akhir sejarah - Akhirat) disebut Messianisme. Fahaman Messiah menurut ajaran Yahudi ialah akan datang seorang penyelamat pada akhir zaman dari keturunan Daud. Dia akan memerintah bumi ini dengan penuh keadilan, dia adalah raja dan juga pendeta, dia akan menyatu dan menyelamatkan bangsa Yahudi. Dia akan memusnahkan orang-orang yang zalim dan menghancurkan kekuasaan pemerintahan gentile/anak lembu atau goyem (kafir). Dan kerajaan itu akan berpusat di Palestin yang akan dikenali sebagai kerajaan Tuhan “Kingdom of God”. Menurut Muhammad al-Ghazali (2003), sokongan pemimpin Amerika hari ini seperti Reagen, Carter, Bush dan lain-lain terhadap kewujudan Israel Raya hari ini adalah juga kerana kepercayaan terhadap Doktrin Messiah. Orang-orang Kristian menunggu-nunggu kemunculan Isa b. Maryam selepas mengumpul seluruh orang Yahudi di Palestin dan menjadikan mereka penganut Kristian.

Namun demikian pemahaman tentang bagaimana cara kedatangan Messiah tersebut adalah berbeza pentafsirannya menurut berbagai mazhab dalam agama Yahudi. Yahudi Ortodoks umpamanya menolak kerajaan rejim Zionis pada hari ini. Menurut Yahudi Ortodoks, kerajaan yang dicita-citakan itu akan muncul sebagai mukjizat dari Tuhan dan bukan atas usaha atau perjuangan mereka. Begitu juga dengan sebuah organisasi Yahudi di luar Israel bernama ‘Naturei Karta’. Pertubuhan ini terkenal sebagai anti Israel dan anti Zionis. Mereka menolak tindakan Zionis yang menurut mereka akan mengundang kemurkaan Tuhan kepada mereka. Menurut organisasi ini, kepulangan kaum Yahudi ke Palestin hanya akan dilakukan melalui Messiah yang akan muncul di akhir zaman. Messiah tersebut akan bertolak ke Palestin dengan kasih sayang dan jauh dari keganasan.

Zionisme sebagai pergerakan agama sebenarnya tidak memberi masalah kepada umat manusia lain, kerana Jerussalem adalah merupakan tempat yang diiktiraf sebagai tempat suci kepada Yahudi, Kristian dan Islam. Kerana itulah apabila ia dibuka kembali oleh Salahuddin al-Ayyubi pada tahun 1187M, tindakan pertama yang dilakukan adalah membuka kembali tempat tersebut untuk orang Yahudi dan semua orang Nasrani, sedangkan sebelumnya anggota pasukan Perang Salib (Kristian) mengusir orang-orang Yahudi, Kristian Ortodoks dan Muslim. Zionisme sebagai gerakan politik ini bolehlah diistilahkan sebagai pasukan Perang Salib Yahudi.

b. Zionisme Sebagai Gerakan Politik

Zionisme sebagai sebuah gerakan politik dimulai dengan Theodore Herzl (1860-1904), yang telah menyusun Doktrin Zionisme semenjak tahun 1882. Pada tahun 1896, ia menyusun doktrin tersebut secara sistematik di dalam bukunya Der Judenstaat bererti ‘Negara Yahudi’. Pada mulanya, Herzl hanya merupakan seorang penyokong idea assimilisasi kaum Yahudi ke dalam masyarakat Eropah. Tetapi beberapa siri Pogrom (pembunuhan beramai-ramai ke atas bangsa Yahudi) antara 1892-1894 di Rusia, telah menyebabkan beliau menukar fikiran tentang assimilasi. Peristiwa Dreyfus – peristiwa di mana seorang kapten tentera Perancis berbangsa Yahudi telah dihukum bunuh atas tuduhan menderhaka - pada tahun 1894 telah mengejutkan Herzl dan menyedarkannya tentang beberapa perkara mengenai bangsanya iaitu;

i. Orang-orang Yahudi, di manapun mereka berada di permukaan bumi ini akan tetap saja merupakan sebuah bangsa yang tunggal (tidak boleh diassimilasi dengan bangsa lain).

ii. Mereka selamanya dan di mana saja selalu menjadi korban pengejaran.

iii. Mereka sama sekali tidak dapat diasimilasikan oleh negara-negara di mana mereka telah bertempat tinggal sekian lama (sangkaan yang sama dengan orang-orang anti- Semitik dan orang-orang Racis seperti Hitler).

Zionisme moden hari ini hanya menggunakan agama untuk kepentingan politik. Cita-cita mereka untuk mendirikan Palestin sebagai Negara Yahudi bukan untuk mendirikan kerajaan Tuhan tetapi lebih kepada tujuan imperialisme dan kolonialisme. Theodore Herzl, bapa Zionisme sebagai gerakan politik adalah seorang Atheis dan hanya mengunakan Injil sejauh mana Injil tersebut dapat membenarkan politik kekuasaannya. Persekongkolan Zionisme dan Barat dalam mendirikan Negara Yahudi di Palestin adalah adalah diibaratkan ‘tidur sebantal tapi mimpi yang berbeza’ . Masing-masing mempunyai kepentingan dan agenda yang tersendiri. Bagi pihak Barat khususnya British pada waktu itu, sokongan mereka adalah kerana beberapa tujuan iaitu:

i. Ingin menuntut bela atas kekalahan dalam Perang Salib yang pernah berlangsung hampir 200 tahun (1096-1293). Buktinya ialah apabila Jeneral Earl Allenby, pemimpin tertinggi British di Asia Barat yang berpengkalan di Mesir memasuki Jerusalem pada 11 Disember 1917, dia berjalan tanpa topi dan berkaki ayam bersama tenteranya sambil berkata dengan megah “Oh Tuhan, Oh Kristus, Perang Salib telah tamat dengan rahmatmu”. Pegawai British yang lain pula berkata: “Pada hari ini, Perang Salib terakhir telah tamat”.

ii. British ingin membolot sumber-sumber minyak di Asia Barat. Selain dari itu untuk mempertahankan Terusan Suez dan kawasan timur Mediteranean yang terikat dengan kepentingan-kepentingan penjajahan. Para pakar British juga berpendapat bahawa penubuhan sebuah tanah air kebangsaan Yahudi akan membantu memperkukuhkan kedudukan mereka sendiri di bumi yang dihuni oleh orang Islam.

iii. Ingin membebaskan bumi Eropah dari orang Yahudi yang telah menjadi beban ekonomi, perdagangan, politik serta ideologi. Sir Arthur Belfour, yang telah berjanji mendirikan tanah air bagi bangsa Yahudi melalui Deklarasi Belfour adalah juga anti-Yahudi.

Bagi pihak Zionis pula, dengan berdirinya pusat pemerintahan Yahudi di Palestin akan dapat merealisasikan cita-cita untuk menguasai dunia dalam pelbagai aspek. Menurut Dr. Nahem Golman, bangsa Yahudi telah memilih Palestin bukan kerana hasil minyaknya yang melebihi dari apa yang ada di Amerika, tetapi kerana berpegang kepada Taurat dan Palestin adalah titik pusat yang paling penting bagi kekuatan dunia serta merupakan pusat yang strategik untuk ketenteraan yang boleh dijadikan tonggak untuk menguasai dunia.

Apabila Herzl meninggal dunia pada 1904, perjuangan beliau disambung pula oleh Dr. Chaim Weizmann, seorang pensyarah dalam bidang Biochemistry di Universiti Manchester. Hasil pergaulannya dengan menteri Kerajaan British, akhirnya beliau dilantik sebagai Pengarah bagi Makmal Tentera Laut Britain (1916-1919). Kebolehannya mencipta synthetic acetone, bahan untuk membuat bahan letupan, meningkatkan minat kerajaan Britain untuk membantunya dalam pembentukan sebuah Negara Yahudi. Sebagai membalas jasanya membantu pihak Bersekutu dalam Perang Dunia Kedua, Kerajaan British telah mengisytiharkan Deklarasi Balfour pada 2 November 1917 yang menyatakan sokongan terbuka Britain terhadap rancangan mendirikan kediaman Yahudi di Palestin.

Sumber Pemikiran Zionis

Pemikiran Zionis adalah bersandarkan kepada pemikiran agama golongan Farisi. Sains Chaldean (teknologi Babylon) yang dipelajari oleh pendeta-pendeta Yahudi semasa penaklukan Babylon telah melahirkan golongan Farisi yang namanya muncul dalam kitab suci dan penulisan-penulisan ahli sejarah Yahudi selepas penaklukan tersebut (606 SM).

Semenjak itulah bermulanya Kabbalah[1] atau tradisi Farisi.[2] Untuk sekelian lamanya ajaran mereka hanya disebarkan secara lisan tetapi kemudiannya telah menulis Telmud dan akhirnya menulis sebuah lagi buku yang dipanggil Sepher Ha Zohar.[3] Kitab Telmud dianggap lebih penting oleh Rabi atau Ulamak Yahudi daripada kitab Taurat.[4] Taurat diselewengkan oleh sebilangan pendita Yahudi lalu terhasillah Telmud – kitab ciptaan pendita Yahudi yang ditulis selepas Maharaja Rom, Taithas memusnahkan Haikal (tempat ibadat Yahudi) di Baitulmuqaddis, Palestin pada 70SM. Telmud menjadi ‘kitab suci’ dan ensiklopedia ketuhanan Yahudi yang agung mengantikan Taurat.[5]

Pemikiran-pemikiran Zionis

Antara pemikiran-pemikiran Zionis ialah:

i. Semua orang Yahudi di dunia adalah anggota keluarga Bani Israel. Kata Louis D. Brandeis sebagaimana yang dipetik oleh Henry Ford dalam bukunya ‘The International Jews’: “Let us recognize that we Jews are a distinct nationality of which every Jew, whatever his country, his nation or shade of belief, is necessarily a member”.[6] Sejumlah pemimpin Zionis adalah atheis. Agama Yahudi menurut mereka hanyalah sebagai batu loncatan untuk merealisasikan cita-cita politik dan ekonomi.[7]

ii. Bangsa Yahudi adalah bangsa istimewa yang harus menjadi tuan yang berkuasa. Manakala bangsa-bangsa lain adalah hamba kepada mereka. Mereka menyatakan bahawa Allah telah mempersiapkan bangsa mereka dengan karekteristik dan keistimewaan yang tidak ada pada bangsa lain dengan tujuan untuk memerintah dunia. Dalam Perjanjian Lama menyatakan: “Kerana kamu adalah suatu golongan suci di sisi Tuhanmu. Tuhanmu telah memilih kamu menjadi manusia yang istimewa di sisinya, lebih mulia dari semua manusia di muka bumi ini” – (Deuteronomy vii: 6). Telmud mentafsirkan ayat tersebut dengan “Kamu adalah manusia, tetapi bangsa-bangsa lain bukanlah manusia tapi haiwan”. [8] Dalam Midrasah Talpioth menyatakan; Tuhan mencipta goyem[9] dalam bentuk manusia untuk kebahagiaan Israel. Tetapi “Akum” (Orang Kristian) telah dicipta untuk berkhidmat bagi Yahudi siang dan malam. (Pranaitis, 1985: 50)[10]

iii. Untuk menguasai dunia, mereka hendaklah mendirikan sebuah pemerintahan di bumi yang dijanjikan iaitu yang terbentang dari sungai Nil sampai Eufrat atau dikenali dengan Eret Yizrael. Dengan berdirinya negara Israel ini bererti berakhirnya enam buah negara Arab yang berada di laluan Israel di antara sungai Nil dan Furat iaitu Mesir, Iraq, Arab Saudi, Jordan, Syria, Lubnan dan tentunya seluruh Palestin.[11]

iv. Dalam Telmud dinyatakan bahwa bangsa Yahudi wajib tinggal di Palestin. Kewajipan ini mengatasi segala kewajipan-kewajipan yang lain. Dinyatakan dalam Book of Yoshua 33/24 “Golongan yang mendiaminya yakni Palestin akan diampun segala dosanya”. Ben Gurion, Perdana Menteri Pertama rejim Zionis Israel menyatakan: “Sesiapa yang hidup di tanah Israel adalah para mukmin. Mereka yang tinggal di luar darinya adalah tidak bertuhan!”[12]

Isu Perpaduan Dunia Islam

Perpaduan merupakan sesuatu yang sangat ditekankan dalam Islam. Pembangunan dan kemajuan umat Islam hanya dapat diwujudkan melalui perpaduan. Perpecahan hanya akan membawa kepada kemunduran dan kelemahan. Allah s.w.t. mengingatkan orang Islam supaya kembali bersatu-padu apabila mereka berpecah tetapi penyatuan itu mempunyai syaratnya iaitu mestilah didasarkan kepada Allah s.w.t. dan RasulNya sebagaimana firman Allah s.w.t. (Dan jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara maka kembalilah kepada Allah s.w.t. dan RasulNya sekiranya kamu beriman dengan Allah s.w.t. dan hari akhirat.)

Walaupun Dunia Islam sudah bebas daripada belenggu penjajahan selepas Perang Dunia Kedua, namun umat Islam masih belum bersatu padu dan maju. Akibatnya belum lahir suatu blok kuasa Islam yang disegani dan bermaruah.

Malik Bin Nabi membuat kajian budaya ke atas masyaakat bangsa Arab. Beliau mendapati kelemahan ketara umat Islam dalam mencapai kemajuan bukan dari sudut prasarana tetapi disebabkan sikap negatif, tidak produktif dan tidak praktikal. Ini dapat dilihat daripada kenyataan Abu A’la al-Maududi:

“Yang paling ditakuti Zionis, imperialis dan kuasa-kuasa besar ialah perpaduan umat Islam. Sekiranya 1.3 bilion umat Islam merapatkan persaudaraan mereka, maka berakhirlah kekuatan musuh dan penindasan ke atas negara Islam. Pihak Zionis tahu bahawa apabila umat Islam bersatu akan berakhirlah Israel.”



[1] Perkataan Kabbalah bermaksud ‘tradisi lisan’. Ensiklopedia dan kamus mendefinisikan Kabbalah sebagai cabang mistik (Tasawwuf) yang terdapat dalam agama Yahudi. Kabbalah mentafsirkan makna yang tersembunyi dalam Taurat dan kitab-kitab agama Yahudi. Namun demikian Harun Yahya dalam bukunya Global Freemasonry menyatakan bahwa hasil kajiannya beliau mendapati bahwa Kabbalah adalah satu sistem yang berasal dari pemujaan pangan Mesir Purba. Ajaran Kabbalah tersebut telah wujud sebelum Taurat dan tersebar secara meluas selepas Taurat diturunkan. Lihat Harun Yahya (2003), Global Freemasonry, Istanbul: Global Publishing, h. 23.

[2] Di dalam Kabbalah terdapat ajaran-ajaran yang bercorak misteri dan mengandungi pemujaan-pemujaan yang mengunakan kuasa ghaib, sains angka-angka, ilmu nujum dan lain-lain. Ilmu ini digunakan sepanjang zaman oleh orang Yahudi untuk mendapat pengaruh yang tinggi dalam masyarakat samada dalam kelompok Yahudi mahupun bukan. Raja-raja dan Pope biasanya mempunyai seorang atau lebih orang Yahudi yang menjadi penasihat dan ahli nujum kepada mereka. Lihat Protocol-protokol Mesyuarat Para Pemimpin Ilmuwan Zionis, Batu Caves: Thinker’s Library, h. 100)

[3] Protokol Zionis, Ibid, h. 107.

[4] Antara ajaran para Rabai ialah; “Adalah zalim untuk membangkang kata-kata oleh para Rabai daripada membangkang kitab Taurat”, “Keputusan-keputusan dalam Talmud adalah kata-kata Tuhan yang bernyawa” (Lihat Protokol Zionis, h. 107)

[5] Nordi Achie (2006), “Merungkai Asal Yahudi, Merenungi Agenda Telmud”, dlm Al-Islam, Jun 2006, h. 49.

[6] Henry Ford (t.t.), The International Jew, Johannesburg: Global Publisher, h. 25.

[7] Al-Nadwah al-‘Alamiyyah li al-Shabab (2003), Al-Mausu’ah al-Muyassarah fi al-Adyan wa al-Mazahib al-Mu’asirah (Gerakan keagamaaan dan Pemikiran), terj. A. Najiyullah, Jakarta: al-I’Thisom, cet. 4, h. 255.

[8] Protokol Yahudi, h. 105.

[9] Goyem bermaksud Gentiles atau bangsa yang bukan Yahudi (Jewish Conspiracy, Kuwait: Social Reform Society, h. 17.

[10] Sulaiman Nordin (1996), Gerakan Antara Bangsa Dan Keselamatan Negara, Selangor: Nur Publication, cet 2, h. 65.

[11] Lihat kenyataan para pemimpin Zionis tentang cita-cita mereka untuk mendirikan Greater Israel dalam Matthias Chang (2005), Future FastForward: The Zionist Anglo-American Empire Meltdown, Kuala Lumpur: Thinker’s Library, cet 2, h. 133-144.

[12] Abdul Aziz b. Mustafa Kamal (1999), Humma Sanatan Alfain, Riyadh : Muassasah Dar al-Salim, Cet 2, h. 31.

Prinsip Tauhid Ideasional Dalam Hubungan Islam dan Agama-agama Lain: Analisis Peranannya Menurut Ismail Raji al-Faruqi

Ahmad Sabri bin Osman[2]

Abstrak

Kertas ini merupakan suatu sorotan dan analisis terhadap tulisan al-Faruqi yang bertajuk The Role of Islam in Global Inter-Religious Dependence di dalam buku beliau Islam and Other Faiths. Al-Faruqi membahagikan peranan Islam kepada tiga bahagian, pertama, hubungan yang boleh difahami (The Ideational Relation), kedua, hubungan praktikal (The Practical Relation) dan ketiga, sumbangan Islam terhadap kesalingbergantungan antara agama global (Islam’s Contribution to Global Religious Interdependence). Antara prinsip yang terkandung dalam konsep tauhid al-Faruqi ialah Tauhid Ideasional. Beliau telah menganalisis peranan yang telah dimainkan oleh Islam dalam hubungannya dengan agama-agama lain. Hasil kajian mendapati bahawa Islam mempunyai track record yang amat cemerlang dalam hubungan tersebut. Sejarah membuktikan bahawa tidak ada agama lain yang mampu menandingi kehebatan Islam dalam melayani ‘kerenah’ penganut agama-agama lain.

Pendahuluan

Ismail Raji al-Faruqi (1921-1986) atau lebih dikenali sebagai al-Faruqi sahaja ketika hayatnya merupakan seorang tokoh pemikir Islam moden yang terkenal di dalam bidang dialog antara agama (Mohamad Rosyidi, 2009). Beliau tidak pernah jemu dengan kerjanya sehingga beliau menghabiskan keseluruhan tenaga dan pemikirannya dalam memberikan sumbangan ke arah kefahaman yang mendalam tentang agama-agama khususnya Islam dan Kristian. Beliau sentiasa cuba menghubungkan antara Timur dan Barat melalui konsep dialog antara agama. Ini

diakui sendiri oleh pelajarnya iaitu John L. Esposito (1940-).[3] Menurut Esposito, penulisan dan kajian al-Faruqi tentang Islam dan agama-agama lain khususnya Kristian memang tidak dinafikan lagi terutamanya dengan terbitnya buku Islam and Other Faiths[4] dan Christian Ethics[5].

Beliau telah menghasilkan ratusan karya dan pemergiannya telah meninggalkan warisan pemikiran yang sangat bernilai untuk dikaji. Karya-karya beliau walaupun banyak tetapi dilihat bertaburan di pelbagai majalah dan jurnal (Abdul Halim, 2002). Walau bagaimanapun, al-Faruqi sendiri telah sempat mengumpul dan mensistematikkan sebahagian besar dari penulisannya ke dalam dua buah bukunya yang dikategorikan sebagai antara buku utamanya iaitu Al-Tawhid: Its Implications for Thought and Life [6] dan The Cultural Atlas of Islam.[7] Melalui kedua-dua buku ini dapat dilihat secara jelas pemikiran Islam al-Faruqi terutamanya mengenai konsep keesaan Tuhan (tauhid) yang terkandung di dalam kalimah La ilaha illa Allah. Konsep tauhid ini merupakan teras atau prinsip pertama ajaran Islam dan menjadi the starting point’ di dalam pemikiran Islam al-Faruqi (Al-Faruqi, 1990).

Pengertian Tauhid Menurut al-Faruqi

Al-Faruqi menyatakan bahawa maksud tauhid ialah tiada Tuhan melainkan Allah {La ilaha illa Allah} (Al-Faruqi, 1982). Kalimah yang cukup ringkas ini mengandungi makna yang amat mendalam bagi al-Faruqi khasnya dan umat Islam amnya. Ia telah mencakupi seluruh budaya, tamadun dan sejarah hidup umat Islam. Konsep tauhid bukan sahaja menjadi asas kepada pemikiran Islam al-Faruqi, malah beliau telah berusaha untuk mengintegrasikan prinsip tauhid dengan ilmu-ilmu duniawi seperti politik, ekonomi, sosial, kemasyarakatan, sejarah, metafizik, etika, estetika (Ibid) dan hubungan Islam dengan agama-agama lain (Al-Faruqi, 1998). Dengan kata lain, beliau menjadikan tamadun dan kebudayaan Islam bermula dengan konsep tauhid. Al-Faruqi melihat konsep tauhid telah memberikan satu identiti khusus kepada tamadun Islam di mana tauhid telah mengikat segala unsur-unsur yang berbeza yang membentuk tamadun dan menjadikannya satu kesatuan yang padu dan utuh dan tidak mungkin dapat dipisahkan lagi. Dalam usaha tersebut, tauhid telah bertindak mencerna unsur-unsur tersebut dengan cernaannya yang tersendiri sehingga membentuk satu tamadun yang memiliki karakter yang baru dan tersendiri (Al-Faruqi, 1982).

Al-Faruqi telah mengulangi definisi tauhid ini berkali-kali sebagai satu keyakinan atau penyaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah. Pernyataan yang berbentuk penafian dan negatif ini sebenarnya mempunyai pengertian yang cukup besar dalam Islam. Kepelbagaian, kekayaan, sejarah, kebudayaan, pelajaran, ilmu dan tamadun Islam semuanya terangkum di dalam satu kalimah yang cukup ringkas iaitu La ilaha illa Allah.

Dengan kenyataan yang ringkas, kalimah La ilaha illa Allah menjelaskan tiga maksud yang tersendiri; Pertama, penciptaan makhluk merupakan satu perancangan yang telah ditetapkan oleh Allah. Setiap ciptaanNya adalah mulia, terbaik dan tiada cacat cela. Kedua, manusia berupaya mengatasi segala kesukaran dan kesulitan dalam hidupnya. Memang benar bahawa perjalanan hidup manusia penuh dengan rintangan tetapi itu tidak bermakna bahawa ia akan menyerah kalah. Apa yang perlu dilakukan manusia ialah mengabdikan diri kepada tanggungjawab yang telah diberikan dan mengukur nilainya pada kadar pencapaiannya. Ketiga, segala kebaikan yang dicapai ialah takdir dan ketentuan Allah (s.w.t). Oleh kerana takdirnya itu, tiada pilih kasih di antara manusia sebagai objek segala tindakan bermoral (Al-Faruqi, 1982).

Pembahagian Tauhid Menurut al-Faruqi

Al-Faruqi mengemukakan konsep tauhid beliau dalam spektrum yang luas merangkumi sejarah, perbandingan agama, falsafah, etika, epistemologi, antropologi dan lain-lain. Beliau menyusun spektrum tauhid tersebut kepada tiga perbahasan yang komprehensif iaitu:

Pertama: Tauhid sebagai pengalaman keagamaan. Dalam perbahasan ini, al-Faruqi menerangkan bahawa pengalaman keagamaan bagi orang Islam ialah tauhid itu sendiri iaitu pengakuan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad (s.a.w) pesuruh Allah. Ia mengisi tempat utama di dalam kehidupan, tindakan dan pemikiran setiap Muslim (Al-Faruqi, 1982).

Kedua: Tauhid sebagai worldview yang merangkumi pandangan umum terhadap realiti, kebenaran, dunia, tempat, masa dan sejarah. Tauhid ini mengandungi lima prinsip yang utama iaitu prinsip dualiti, ideasionaliti, teleologi, kemampuan manusia dan pembentukan alam semula jadi serta tanggungjawab dan pengadilan.

Ketiga: Tauhid sebagai intisari tamadun. Tauhid sebagai intisari tamadun mempunyai dua aspek iaitu aspek kaedah dan aspek kandungan. Aspek kaedah mengandungi tiga prinsip perbahasan iaitu ummatism, rasionalisme dan toleransi manakala dalam aspek kandungan pula terdapat lima prinsip perbahasan yang amat luas dan komprehensif iaitu tauhid sebagai prinsip utama metafizik, etika, kepercayaan, kemasyarakatan dan estetika (Al-Faruqi & Lois L, 1986).

Oleh kerana konsep tauhid al-Faruqi merangkumi spektrum yang luas, maka kertas ini hanya akan membincangkan Prinsip Tauhid Ideasional yang terkandung dalam bahagian kedua iaitu tauhid sebagai worldview dan peranannya dalam hubungan antara Islam dan agama-agama lain.

Pengertian Tauhid Ideasional

Menurut al-Faruqi, prinsip ini bermaksud bahawa hubungan antara kedua-dua kumpulan ini (manusia dan Tuhan) adalah berlandaskan kepada kaedah pemikiran (Al-Faruqi, 1982). Bagi manusia, petunjuknya ialah cara pemahaman. Sebagai salah satu deria untuk mencari ilmu pengetahuan, pemahaman ini termasuklah fungsi-fungsi gnoseologi seperti ingatan, khayalan, ta‘akulan, pemerhatian, gerak hati, kebimbangan dan lain-lain. Semua manusia dikurniakan sifat pemahaman ini. Kurniaan ini cukup untuk manusia memahami ketetapan dan kekuasaan Allah dengan dua cara berikut:

Pertama: apabila ketetapan itu dilafazkan dalam bentuk perkataan secara langsung daripada Allah (s.w.t) kepada manusia (melalui al-Qur’an dan al-Sunnah yang menghubungkan manusia dengan Allah - hablum min Allah wa hablum min al-Nas’).

Kedua: ketetapan Allah (s.w.t) boleh difahami melalui pemerhatian terhadap alam ciptaanNya (al-‘alam al-syahadah) (Al-Faruqi & Lois L, 1986).

Analisis Peranan Prinsip Tauhid Ideasional al-Faruqi Dalam Hubungan Islam dan Agama-agama Lain

Al-Faruqi meletakkan sudut pandang Islam dan hubungannya dengan agama-agama lain berlandaskan prinsip tauhid ideasional ini kepada tiga peringkat:

i. Hubungan antara Islam dengan agama Yahudi, Kristian dan Sabi’in. Hubungan Islam dengan ketiga-tiga agama ini diletakkan pada tahap pertama sebab ia telah dinyatakan oleh Allah (s.w.t) di dalam al-Qur’an dan dipraktikkan oleh Nabi Muhammad (s.a.w).

ii. Hubungan antara Islam dengan agama selain daripada tiga agama di atas iaitu Zoroaster (Majusi) yang telah dilaksanakan oleh para Sahabat tiga tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad (s.a.w) melalui penaklukan Parsi. Begitu juga dengan agama Hindu dan Buddha yang berlaku selepas penaklukan Lembah Indus pada tahun 711M.

iii. Hubungan Islam dengan semua manusia sama ada beragama atau tidak (Al-Faruqi, 1998).

Menurut al-Faruqi, Islam memiliki rekod hubungan yang sangat cemerlang dengan agama-agama tersebut sejajar dengan usia agama Islam itu sendiri. Maka apabila cendekiawan Barat mendakwa bahawa ilmu perbandingan agama merupakan cetusan idea mereka hasil daripada proses Enlightenment Eropah atau hasil daripada perkembangan industri Eropah pada kurun ke-19M, ia merupakan satu dakwaan yang sangat memualkan (Ibid). Hakikatnya, sumbangan Islam terhadap agama lain amat besar sekali. Kata sepakat yang disediakan oleh Islam untuk agama-agama dunia di Madinah, Damsyik, Cordova, Kaherah, Delhi dan Istanbul sudah tentunya layak untuk dicontohi oleh seluruh dunia.

Oleh kerana hubungan Islam dengan agama-agama lain telah ditetapkan oleh Allah (s.w.t) dalam al-Qur’an, maka ia bersifat qati dan tiada sesiapa pun yang boleh menafikannya. Perselisihan yang berlaku dalam kalangan orang Islam hanyalah dari sudut kepelbagaian pentafsirannya sahaja. Namun demikian, kepelbagaian pentafsiran pun mesti berada dalam dua skop yang terhad iaitu (Ibid: 73):

i. Amalan orang Islam yang berterusan sepanjang abad yang lampau menjadi bukti yang jelas kepada makna ayat-ayat al-Qur’an iaitu Islam adalah satu sistem hidup yang lengkap yang terdiri daripada wajibat, mandubat, makruhat, muharramat dan hasanat.

ii. Metodologi Islam ortodoks dalam pentafsiran telah termaktub dalam al-Qur’an dan secara berterusan digunakan oleh jutaan manusia tanpa berselisih mengenainya. Contohnya dalam definisi Islam itu sendiri.[8]

Dalam menganalisis peranan Prinsip Tauhid Ideasional dalam hubungan Islam dengan agama-agama lain, al-Faruqi membahagikannya kepada hubungan yang boleh difahami (ideasional) dan praktikal.

Hubungan Yang Boleh Difahami (Ideasional)

Di bawah hubungan ini, al-Faruqi membahagikannya kepada tiga iaitu hubungan Islam dengan agama Yahudi dan Kristian, hubungan Islam dengan agama-agama lain dan hubungan Islam dengan semua manusia.

i. Hubungan Islam Dengan Agama Yahudi dan Kristian

Menurut al-Faruqi, Islam menganggap agama Yahudi dan Kristian adalah istimewa kerana ia telah disebut di dalam al-Qur’an. Pengasasnya ialah Nabi Ibrahim (a.s) dan ia dibawa oleh Nabi Musa dan Isa (a.s). Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka; dan katakanlah (kepada mereka): "Kami beriman kepada (al-Qur’an) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah satu; dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri” (Surah al-‘Ankabut 29: 46).

Allah (s.w.t) menyifatkan Nabi Muhammad (s.a.w) dan pengikutnya sebagai beriman dengan segala yang diwahyukan oleh Allah. Secara berterusan, Islam menyusuli perakuan kebenaran agama ini bagi Yahudi dan Kristian dengan kesudahan yang logik iaitu mengenali Tuhan sebagai sumber wahyu dalam ketiga-tiga agama membawa kepada pengenalan wahyu dan seterusnya agama. Islam tidak melihat dirinya datang sebagai agama dari tiada kepada ada tetapi sebagai mengesahkan kebenaran yang sama yang dibawa oleh nabi terdahulu bagi agama Yahudi dan Kristian. Islam menganggap mereka sebagai orang Islam dan wahyu mereka sebagai satu dan sama dengannya (merujuk kepada agama asal mereka) (Al-Faruqi, 1998). Firman Allah (s.w.t) maksudnya:

“Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk ugama Yahudi, dan bukanlah ia seorang pemeluk ugama Kristian, tetapi ia seorang yang tetap di atas dasar Tauhid sebagai seorang Muslim (yang taat dan berserah bulat-bulat kepada Allah), dan ia pula bukanlah dari orang-orang musyrik” (Surah Ali ‘Imran 3: 67).

Pengiktirafan Al-Faruqi terhadap agama Yahudi dan Kristian dalam tauhid ideasional ini bukan bererti beliau mengiktiraf kebenaran agama tersebut sebagaimana yang ada pada hari ini atau menyamakan kebenaran agama tersebut dengan Islam tetapi mengiktiraf kewujudannya kerana nama agama tersebut dinyatakan di dalam al-Qur’an. Hakikatnya, menurut al-Faruqi, kedua-dua agama tersebut telah mengalami proses Historical Revelation sebagaimana yang akan dijelaskan selanjutnya.

ii. Hubungan Islam Dengan Agama-agama Lain

Menurut al-Faruqi, Islam mengajar bahawa fenomena kenabian adalah perkara yang universal yang berlaku pada setiap masa dan tempat. Antara ayat al-Qur’an yang membicarakan soal ini ialah seperti firman Allah (s.w.t) maksudnya:

“Dan tiap-tiap seorang manusia Kami kalongkan bahagian nasibnya di lehernya, dan pada hari kiamat kelak Kami akan keluarkan kepadanya Kitab (suratan amalnya) yang akan didapatinya terbuka (untuk ditatapnya). (Lalu Kami perintahkan kepadanya): "Bacalah Kitab (suratan amalmu), cukuplah engkau sendiri pada hari ini menjadi penghitung terhadap dirimu (tentang segala yang telah engkau lakukan)". Sesiapa yang beroleh hidayah petunjuk (menurut panduan al-Qur’an), maka sesungguhnya faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga. dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah)”(Surah al-Isra’ 17: 13-15).

Menurut al-Faruqi, Allah (s.w.t) tidak akan membebankan sesuatu tanggungjawab atau taklif kepada manusia kecuali Dia telah menyampaikan dan menyebarkan syariatNya melalui para nabi dan rasulNya. Penyampaian dan penyebaran tersebut merupakan fenomena kenabian. Semua manusia dahulu dan sekarang memikul tanggungjawab, mendapat kebahagiaan dan kecelakaan kerana fenomena kenabian itu bersifat universal (Al-Faruqi, 1998). Persoalan yang timbul di sini ialah kenapakah wujud pelbagai agama di dunia ini sedangkan para nabi menyampaikan risalah yang satu sebagaimana yang difahami oleh Islam? Menurut al-Faruqi, dalam hal ini, Islam menyediakan jawapannya secara teori dan praktikal.

Secara teorinya, ia disebabkan oleh faktor ketuhanan (Ibid). Islam percaya bahawa mesej para nabi dan rasul adalah satu yang terdiri dari dua elemen; pertama, tauhid dan kedua, moral (melakukan segala kebaikan dan meninggalkan segala keburukan). Allah (s.w.t) dengan rahmatNya mengambil kira keadaan khusus bagi setiap manusia. Dia menurunkan kepada manusia semua ajaran yang sama tetapi Dia menyampaikan syariatNya kepada manusia dalam bentuk yang tertentu sesuai dengan keadaan mereka secara khusus. Perbezaan tersebut adalah sah selagi mereka tidak mengubah inti pati ajaran agama.

Secara praktikal, faktor kemanusiaan (Ibid). Tabiat manusia ialah suka mengikut hawa nafsu. Ia mendorong manusia melakukan kejahatan dan melanggar perintah Tuhan. Ada golongan yang merasa selamat berada bersama dengan golongan yang melanggar perintah Tuhan. Ini disebabkan oleh pertama; wahyu secara praktikalnya memerintahkan golongan kaya membantu golongan miskin tetapi golongan kaya tidak sentiasa bersetuju dengan kewajipan moral ini. Kedua; wahyu sentiasa menggalakkan kehidupan sosial yang teratur. Ia menasihati manusia supaya patuh kepada undang-undang dan disiplin diri. Tetapi ia tidak sentiasa dipersetujui oleh pemimpin dan raja yang mahu mengikuti jalan mereka sendiri. Ketiga; wahyu sentiasa mengingatkan manusia supaya mengukur dirinya sendiri berdasarkan ukuran Tuhan bukan dengan ukuran dirinya sendiri. Keempat; wahyu menyuruh manusia supaya mendisiplinkan naluri dan emosi mereka supaya sentiasa terkawal. Walau bagaimanapun, manusia cenderung untuk mengikut hawa nafsunya. Perasaan untuk berseronok memenuhi hawa nafsu menjadi lambang kehidupan manusia. Biasanya, kecenderungan ini bercanggah dengan wahyu. Kelima; apabila kandungan wahyu dipindahkan dari satu generasi ke generasi yang lain, perintah Tuhan mungkin mengalami hakisan. Akhirnya apabila wahyu Tuhan merentasi batasan bahasa, etnik dan tradisi, semua keadaan ini boleh membawa kepada kerosakan wahyu asal. Inilah yang berlaku kepada semua agama terdahulu termasuk Yahudi dan Kristian.

Itulah sebabnya Allah (s.w.t) mengulangi fenomena kenabian dengan mengutus para nabi untuk menyampaikan semula kandungan wahyu ini di samping menanamkannya semula ke dalam pemikiran dan hati manusia. Turunnya wahyu ke dalam sejarah manusia merupakan suatu rahmat dan Allah Maha Mengetahui hikmah di sebalik perutusan Muhammad (s.a.w) pada tempat tertentu dan masa tertentu. FirmanNya bermaksud:

“Dan apabila datang kepada mereka sesuatu keterangan, mereka berkata: "Kami tidak akan beriman sehingga kami juga diberi (wahyu) sama seperti yang telah diberikan kepada pesuruh-pesuruh Allah". Allah lebih mengetahui di mana (dan kepada siapakah yang sepatutnya) ia berikan jawatan rasul (dan wahyu) yang diberikanNya itu. Orang-orang yang melakukan perbuatan yang salah itu akan ditimpa kehinaan di sisi Allah, dan azab seksa yang amat berat, disebabkan perbuatan tipu daya yang mereka lakukan”(Al-An‘am 6: 124).

Walau bagaimanapun, dalam hal ini, John Hick (1922-)[9] cuba berpolemik dengan isu ini. Menurut beliau, manusia tidak boleh memilih bila dan di mana mereka hendak lahir, kedua ibu bapa mereka sama ada Muslim atau non-Muslim. Konsep ketidaksengajaan kelahiran (fortuity of birth) atau secara kebetulan ini pada logik akal Hick tentulah tidak memungkinkan Allah (s.w.t) memasukkan penganut Hindu, Buddha dan lain-lain ke dalam neraka sementara hanya orang Islam dimasukkan ke dalam syurga. Alasan Hick ialah kerana Allah sendiri yang menjadikan mereka beragama Hindu, Buddha dan Islam tanpa memberikan pilihan. Jadi, kesemuanya masuk syurga kalau mereka percaya kepada Allah, hari Akhirat dan berbuat baik. Realiti ini merupakan fenomena universal dan agama apa pun harus mengambil kira faktor persekitaran (Hick, 1985).

Dalam hal ini, al-Faruqi menolak pandangan Hick dengan menjelaskan bahawa kedudukan orang bukan Islam dibahagikan kepada tiga tahap iaitu Humanism, Revelational Universalism dan Historical Revelation. Pada tahap pertama, iaitu Humanism, al-Faruqi memperkenalkan konsep agama fitrah (Din al-Fitrah atau religio-naturalis atau Ur-religion) iaitu semua manusia dijadikan oleh Allah (s.w.t) dan telah dibekalkan keupayaan untuk mengenaliNya serta beribadah kepadaNya. Al-Faruqi berpendapat bahawa tidak timbul soal ketidaksengajaan kelahiran seperti mana yang dibangkitkan oleh Hick kerana Nabi (s.a.w) telah menegaskan bahawa setiap bayi yang dilahirkan adalah fitrah (Muslim) maka kedua ibubapa merekalah yang menjadikan mereka Yahudi, Kristian, Majusi atau lain-lain agama.[10] Kemudian pada tahap kedua, iaitu konsep kesejagatan wahyu (Revelational Universalism) di mana Allah (s.w.t) telah mengutuskan kepada setiap bangsa itu seorang rasul yang membawa mesej yang sama iaitu mengajak manusia mengesakan Allah dan beribadah kepadaNya (Surah al-Nahl 16: 36, Fatir 35: 24).

Jadi, perutusan rasul kepada setiap umat adalah untuk menjelaskan kepada manusia tentang hak dan batil supaya manusia boleh memilih yang benar dan meninggalkan yang salah. Tidak timbul soal manusia tidak mempunyai pilihan ketika dilahirkan sebagaimana dakwaan Hick kerana apabila manusia telah mencapai usia baligh, mereka mempunyai pilihan sama ada untuk kekal dengan agama mereka atau memilih Islam berdasarkan petunjuk akal dan bimbingan rasul. Pada masa ini, mereka sudah mampu membezakan yang mana hak dan yang mana batil. Realiti menunjukkan bahawa ramai juga ramai orang bukan Islam telah masuk Islam setelah diberi hidayah oleh Allah (s.w.t). Pada tahap ketiga; (Historical Revelation) iaitu Islam mengakui bahawa ia mempunyai pertalian sejarah dengan agama Yahudi dan Kristian serta mengiktiraf Nabi Musa (a.s) dan Isa (a.s) sebagai nabi dan juga rasul bagi umat Islam. Islam merupakan kesinambungan wahyu Allah (s.w.t) yang melengkapkan risalah kedua-dua nabi tersebut (Al-Faruqi, 1998). Oleh sebab itu, al-Qur’an menyeru mereka supaya datang bersama-sama dengan orang beriman menuju kepada kalimah yang sama (kalimah sawa) sebagaimana firmanNya yang bermaksud:

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam" (Surah Ali ‘Imran 3: 64).

Ayat ini menegaskan bahawa Allah (s.w.t) tidak menurunkan bermacam-macam agama kepada manusia melalui para rasulNya tetapi menurunkan agama yang satu iaitu Islam. Manakala yang pelbagai adalah syariatnya kerana setiap rasul diutus kepada kaumnya dengan syariat yang sesuai dengan mereka (Surahman, 1998). Menurut Sayyid Qutb (1906-1966) (r.h), maksud kalimah sawa di dalam ayat di atas ialah agama Islam kerana mereka semua pada suatu ketika dahulu pernah menjadi umat seorang nabi atau rasul yang diutus oleh Tuhan yang sama (Qutb, 1980; Anis Malik, 2005). Hamka (1908-1981) (r.h) di dalam membuat tafsiran ayat ‘satu kalimat yang sama’ juga menafsirkannya dengan Islam. Kata beliau;

“Betapapun pada kulitnya kelihatan kita ada perbedaan, ada Yahudi, ada Nasrani dan ada Islam, namun pada kita ketiganya terdapat satu kalimat yang sama, satu kata yang menjadi titik pertemuan kita. Kalau sekiranya saudara-saudara sudi kembali kepada satu kalimat itu niscaya tidak akan ada selisih kita lagi. Mari kita bersama kembali kepada pokok ajaran itu, satu kalimat tidak berbilang, satu Allah tidak bersekutu dengan yang lain, satu derajat manusia di bawah kekuasaan Ilahi, tidak ada perantara. Dalam hal ini, tidak ada selisih pokok kita. Ini sumber kekuatan kami dan ini pula sumber kekuatan kamu.” (Hamka, 1984).[11]

Dalam kajian perbandingan agama, al-Faruqi telah memperkenalkan konsep Meta-religion.[12] Antara ciri-ciri konsep ini ialah tidak menghina mana-mana agama. Menurut beliau, Islam menganggap setiap agama adalah agama yang diwahyukan dan sehinggalah terdapat bukti-bukti sejarah yang tidak meragukan bahawa terdapat elemen-elemen dalam agama tersebut yang dibuat oleh manusia sendiri (Al-Faruqi, 1986). Tujuan al-Faruqi memperkenalkan konsep ini ialah supaya penganut agama lain menyahut seruan beliau untuk berdialog. Jika dari awal lagi beliau telah melabelkan agama lain sebagai tidak betul, maka sudah tentu hasrat suci beliau untuk berdialog tidak tercapai. Implikasinya, dakwah Islam tidak dapat disebarkan kepada orang bukan Islam. Jadi, satu-satunya prinsip dalam berdakwah kepada Islam menurut al-Faruqi ialah membiarkan hujah yang terbaik menang (lets the best argument win)(Al-Faruqi, 1998). Pendekatan al-Faruqi selari dengan al-Qur’an yang memerintahkan para pendakwah menggunakan kaedah hikmah, peringatan yang baik dan jika sampai ke tahap berdebat, maka perdebatan berlangsung dengan cara yang terbaik (Surah Al-Nahl 16: 125, al-‘Ankabut 29: 46). Jika dengan kaedah seperti ini mereka masih lagi tidak menerima dakwah tersebut, maka al-Qur’an memerintahkan pendakwah untuk membiarkan mereka dengan agama mereka seperti mana firmanNya yang bermaksud: “…dan jika mereka berpaling (tidak mahu menerima Islam), maka sesungguhnya kewajipanmu hanyalah menyampaikan (dakwah Islam itu)…”. (Surah Ali ‘Imran 3: 20, al-Isra’ 17: 15, Fatir 35: 18, al-Zumar 39: 7, al-Najm 53: 38).

iii. Hubungan Islam dengan Semua Manusia

Menurut al-Faruqi, Islam menghubungkan dirinya dengan semua agama lain sama ada dikenali dalam sejarah ataupun tidak. Bahkan ia juga mengaitkan dirinya dengan orang yang tidak percaya kepada agama dan ini bererti Islam menyanjung tinggi nilai berbaik-baik sesama manusia. Islam menetapkan bahawa semua manusia boleh mengambil manfaat daripada wahyu Tuhan. Jalan untuk mencapai kebahagiaan adalah percuma dan terbuka luas kepada sesiapa sahaja yang berhajat. Di sebalik perbezaan agama manusia yang pelbagai itu, wujud satu agama semula jadi yang tidak dapat dipisahkan dari diri manusia iaitu agama purba - Ur-Religion – setiap orang memilikinya kecuali setelah dia dipengaruhi oleh tradisi dan kepercayaan, terpedaya oleh pencemaran dan desakan yang mengajarnya untuk mempercayai sebaliknya (Al-Faruqi, 1998).

Islam menurut al-Faruqi tidak mengambil kira idea ‘kejatuhan manusia’ atau konsep ‘dosa warisan’ (Ibid). Ia percaya bahawa manusia tidak perlu bersusah payah untuk memikul perbuatan yang tidak dilakukannya bersesuaian dengan firman Allah yang bermaksud: “…dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja)…”(Surah al-An‘am 6: 164). Manusia dilahirkan dengan seribu kelebihan dan kefahaman serta deria semula jadi untuk mengenali Tuhan. Islam melihat tiada perbezaan antara manusia, semuanya sama di sisi Allah kecuali takwa seperti ditegaskan dalam al-Qur’an: “…Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya)...” (Surah al-Hujurat 49: 13).

Hubungan Secara Praktikal

Menurut al-Faruqi, perhubungan orang Islam dengan bukan Islam secara praktikalnya telah bermula semenjak zaman Nabi Muhammad (s.a.w) lagi apabila baginda mengasaskan Perlembagaan Madinah pada tahun 622M (Al-Faruqi, 1998). Perhubungan ini diteruskan lagi pada zaman pemerintahan khulafa’ al-Rasyidin, Umayyah, Abbasiah dan Uthmaniyyah. Bagaimanakah kedudukan mereka pada zaman tersebut?

i. Masyarakat Yahudi

Bangsa Yahudi tinggal bersama-sama dengan umat Islam di Madinah. Mereka juga mendapat keistimewaan di bawah payung Negara Islam termasuk diberikan taraf kerakyatan. Mereka Yahudi diberi kuasa autonomi untuk melaksanakan syariat mereka. Islam membawa kekayaan dan prestij kepada orang Yahudi, ada di antara mereka menjadi menteri dan penasihat kepada khalifah. Musa bin Maimun atau Maimonides (1135-1204) digelar Aristotlenya yang pertama, Ibn Gabirol (1021-1058) merupakan pemikir mistik yang pertama kerana ajaran tasawufnya yang membawa perdamaian kepada bangsa Yahudi di seluruh Eropah. Di bawah pemerintahan Abd Rahman III (891-961) di Cordoba, Perdana Menteri Yahudi, Hasdai bin Shapirut berjaya mendamaikan kerajaan monarki Kristian yang tidak berjaya dilakukan oleh Gereja Katolik. Kesemua ini boleh dilakukan kerana satu asas Islam iaitu pengiktirafan Taurat sebagai kitab wahyu dan Yahudi sebagai agama Allah yang dibuktikan dan disebarkan oleh al-Qur’an (Al-Faruqi, 1998).

ii. Masyarakat Kristian

Dalam kebanyakan hal, menurut al-Faruqi, majoriti rakyat negara Islam ialah orang Kristian yang menikmati penghormatan, kebebasan dan memiliki maruah yang tidak dinikmati sama ada di bawah pemerintahan Kristian Rom atau Byzantine. Kedua-dua kuasa ini adalah kuasa monarki dan menindas rakyat apabila mereka menakluki sesebuah negara di Timur Tengah. Penganut Kristian hidup dalam keadaan aman dan maju di bawah kekuasaan Islam selama berabad-abad lamanya. Sekiranya penganut Kristian itu dianggap sebahagian daripada sentimen Islam, sudah tentu mereka telah dibunuh. Tetapi Islam menghormati dan mengiktiraf Isa sebagai nabi Allah dan kitab Injil sebagai wahyu dan petunjuk bagi mereka. Begitu juga dengan apa yang berlaku di Abyssinia (Ethopia), sebuah negara jiran Kristian yang memberi perlindungan kepada orang Islam pertama yang berhijrah daripada siksaan penduduk Mekah dan mempertahankan perjanjian damai dan persahabatan dengan negara Islam di zaman Rasulullah (s.a.w) (Ibid).

iii. Penganut Agama Lain

Menurut al-Faruqi, keadaan di Negara Islam Madinah sarat dengan penghormatan dan memuliakan agama lain, ketaqwaan dan kebaikan bukan seperti toleransi di zaman moden di Barat yang melahirkan kecurigaan tentang kebenaran tuntutan agama dan mempersendakan nilai agama. Hukum syarak dikenali sebagai sistem millah (kumpulan beragama) atau sistem dhimmah (perjanjian keamanan iaitu penjaminnya ialah Allah). Perlembagaan yang menjaga mereka dikawal oleh Allah (Ibid). Nabi (s.a.w) memberi amaran dengan sabdanya yang bermaksud:

“Barang siapa yang menzalimi orang yang membuat perjanjian damai dengan orang Islam (mu‘ahid) atau mengurangkan haknya atau memberatkan mereka dengan bebanan yang tidak mampu dipikulnya atau mengambil sesuatu daripadanya tanpa izin, maka akulah yang akan menjadi pembelanya pada hari kiamat”. (Hadith Riwayat Abu Daud).[13]

Tidak ada agama lain atau sistem masyarakat yang pernah menganggap golongan minoriti agama dengan pandangan yang lebih baik atau melayan mereka dengan adil tanpa melakukan kezaliman selain daripada Islam. Islam berjaya dalam semua perkara yang agama lain gagal melakukannya kerana keunikan akidahnya yang menganggap kebenaran adalah satu dan satu-satunya agama Tuhan yang semula jadi di dalam diri setiap manusia, asas yang lama bagi semua agama dan akhirnya sama dengan agama Sabi’in, Yahudi dan Kristian (Al-Faruqi, 1998).

Negara Islam merupakan suatu sistem dunia yang wujud secara aman bersamanya pelbagai kumpulan agama dalam negara atau melintasi sempadan negara. Ia adalah satu Pax Islamica yang sejagat yang mengiktiraf kesahihan setiap kumpulan beragama dan memberikan hak untuk menyusun kehidupan berdasarkan kebijaksanaan agama mereka sendiri. Ia lebih tinggi daripada Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) kerana ia mengambil asas identiti agama dan bukannya bangsa. Perlembagaannya ialah undang-undang Tuhan yang sah untuk semua (Ibid).

Kesimpulan

Tauhid memainkan peranan yang amat penting dalam mencapai kesejahteraan dan keharmonian hidup antara umat beragama. Tauhid menurut al-Faruqi bukan sekadar ungkapan lisan an sich tetapi perlu sentiasa ‘dihidupkan’ atau dipraktikkan dalam kehidupan umat Islam sebagai asas pemikiran dan peradaban Islam. Manusia perlu kepada akidah tauhid yang tulin dan murni dalam menghadapi cabaran-cabaran semasa. Keselamatan manusia hanyalah di dalam agama tauhid. Kebaikan manusia juga apabila mereka dapat duduk berbincang bersama-sama dalam mencari reda Allah (s.w.t). Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud:

“Tidak ada kebaikan dalam kebanyakan perbincangan yang mereka lakukan, kecuali perbincangan dari orang-orang yang menganjurkan manusia untuk membelanjakan hartanya, menyelenggarakan yang makruf dan mengadakan perdamaian di antara manusia” (Surah Al-Nisa’ 4; 114).

Secara eksplisitnya, gagasan konsep tauhid al-Faruqi dilihat berbeza istilahnya dengan konsep tauhid tokoh pemikir Islam yang terdahulu, namun dari sudut prinsip dan dasarnya ia tidak lari dari petunjuk al-Qur’an dan al-Sunnah. Perbezaan ini pada pandangan penulis adalah berdasarkan realiti semasa kehidupan intelektual yang dilalui al-Faruqi dalam suasana masyarakat Barat yang sarat dengan pemikiran falsafah.

Konsep tauhid ideasional al-Faruqi ini mengiktiraf adanya pluraliti atau kepelbagaian agama dalam masyarakat. Perlu dijelaskan bahawa mengiktiraf pluraliti bukan bermaksud mengiktiraf pluralisme atau menyamaratakan kebenaran semua agama. Pluraliti dan pluralisme adalah dua istilah yang berbeza yang perlu diambil perhatian oleh semua umat Islam. Konsep tauhid ideasional al-Faruqi khususnya dalam menjelaskan sudut pandang Islam terhadap wujudnya kepelbagaian agama berdasarkan tiga peringkat iaitu Humanism, Revelational Universalism dan Historical Revelation, jelas membuktikan bahawa beliau menolak pluralisme agama. Hujah-hujah tauhid tersebut pada hakikatnya boleh dijadikan model dalam menjawab beberapa isu pluralisme agama yang dibangkitkan oleh tokoh-tokohnya.

Antara kaedah yang dilakukan untuk mencapai keharmonian hidup umat beragama ialah dengan mengadakan dialog antara agama. Ia merupakan usaha ke arah mencapai titik persamaan (kalimah sawa’) sebagaimana yang diperintahkan al-Qur’an. Dalam dialog tersebut, al-Faruqi menggunakan konsep Meta-religion. Konsep ini pada mulanya dilihat cuba untuk menyamaratakan semua agama tetapi pada hakikatnya ia menggunakan kaedah rasional dalam menetapkan kebenaran Islam. Menurut al-Faruqi, Islam sama sekali tidak bertentangan dengan akal. Oleh kerana hubungan antara manusia dan Tuhan adalah berlandaskan kepada pemikiran dan kefahaman, maka ia mestilah tunduk kepada dua sumber utama ajaran Islam iaitu al-Qur’an dan al-Sunnah. Penggunaan akal yang tidak berpandukan kepada dua sumber tersebut pada akhirnya akan menatijahkan kesesatan kepada manusia.

Al-Faruqi dengan tegasnya menjelaskan bahawa Islam memiliki rekod hubungan yang amat baik dengan agama-agama lain-lain berlandaskan prinsip tauhid ideasional ini. Ia amat berpengalaman dalam menangani isu-isu yang timbul dalam hubungan tersebut sejajar dengan usia agama Islam itu sendiri. Al-Faruqi menolak dakwaan yang mengatakan Barat lebih terkehadapan dalam hubungan antara agama dan pencetus terhadap ilmu perbandingan agama. Hakikatnya, sumbangan Islam dalam hubungan antara agama adalah amat besar sekali sama ada dari segi teori mahupun praktikalnya. Dari segi teorinya al-Faruqi membawa hujah-hujah yang mantap berdasarkan al-Qur’an, al-Hadith dan logik akal manakala dari sudut praktikalnya beliau membawa contoh-contoh sejarah yang jelas dan terbukti kebenarannya. Justeru itu, pemikiran tauhid al-Faruqi ini amat wajar diketengahkan dalam menghadapi cabaran-cabaran semasa pemikiran umat Islam khususnya dalam menjawab beberapa isu dalam wacana pluralisme agama.

BIBLIOGRAFI

Al-Qur’an al-Karim.

Al-Hadith al-Sharif.

Abdullah Basmeih, Sheikh (2001) Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Qur’an. Kuala Lumpur: Darul Fikir.

Abdul Halim Ramli (2002) Pemikir Islam Prof Ismail Ragi al-Faruqi. Segamat: Gubah Publisher.

___________ (2007). Memahami Islamisasi Ilmu dari Pemikiran al-Faruqi. UiTM Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA).

Abdul Malik Abdul Karim Amrullah (1984). Tafsir al-Azhar. juz. 3, Jakarta: Yayasan Nurul Islam.

Abu Dawud, Sulayman Ibn al-Ash‘ath al-Sajistani al-Azdi (1988). Sunan Abi Dawud. juz. 3, al-Qahirah: Dar al-Hadith.

Al-Faruqi, Ismail R. (1968). Christian Ethics: A Systematic and Historical Analysis of Its Dominant Ideas. Montreal: McGill University Press and Amsterdam: Djambatan.

________ (1982). Al-Tawhid: Its Implications for Thought and Life. 2nd ed. [1992].

Herndon: International Institute of Islamic Thought (IIIT).

________ & Lois L (1986). The Cultural Atlas of Islam. New York: The Macmillan.

________ (1986). “Meta-Religion: Towards A Critical World Theology” dlm American Journal of Islamic Social Sciences. vol. 3, no. 1, Herndon: IIIT & The Association of Muslim Social Scientists (AMSS).

________ (1990). “The First Principles of Islamic Methodology” dlm Islamic Thought and Scientific Creativity, A Comstech Quarterly Journal. jil. 1, no. 1, Jan-March.

Anis Malik Thoha (2005). Tren Pluralisme Agama: Tinjauan Kritis. Jakarta: Perspektif Gema Insani.

Haslina Ibrahim (2005). Diversity of Religions: An Assessment of the Christian and Muslim Encounters with the Philosophy of Religious Pluralism. Tesis Ph.D, Gombak: Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences, International Islamic University Malaysia (IIUM). Tidak diterbitkan.

Hick, J. (1985). Problems of Religious Pluralism. London: Macmillan.

Mohamad Rosyidi Othman (2009). Sumbangan Ismail Raji al-Faruqi Dalam Dialog Antara Agama. Disertasi (M. Usuluddin). Kuala Lumpur: Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Tidak diterbitkan.

Qutb, Sayyid (1980). Fi Zilal al-Qur’an. jil. 1, juz. 3, Beirut: Dar al-Syuruq.

Smith, W. C. (1952). The Meaning and End of Religion. New York: The Macmillan Co.

Surahman Hidayat (1998). Islam, Pluralisme dan Perdamaian. Jakarta: Fikr Rabbani Group.



[1] Kertas kerja ini dibentangkan di The 5th ISDEV, International Graduate Workshop (INGRAW10), anjuran Centre for Islamic Development Management Studies (ISDEV) dan Institute of Postgraduate Studies (IPS), Universiti Sains Malaysia (USM), 11800 Pulau Pinang pada 21-22 September 2010.

[2] Pensyarah, Centre for Islamic Thought and Underatanding (CITU), Universiti Teknologi MARA (UiTM Malaysia) dan sekarang merupakan calon doktor falsafah di Bahagian Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (PPIK), USM, 11800 Minden, P.Pinang.

[3] Beliau merupakan bekas pelajar dan lulusan Ph.D yang pertama di bawah seliaan al-Faruqi. Beliau diberi penghormatan untuk menulis kata pengantar di dalam buku Islam and Other Faiths karya al-Faruqi yang diedit oleh Ataullah Siddiqui. Lihat Esposito, John L., “Foreword” dlm al-Faruqi, Islam and Other Faiths, Ataullah Siddiqui (ed.), The Islamic Foundation, Leicester and IIIT, Herndon, 1998, hlm. ix.

[4] Al-Faruqi, Islam and Other Faiths, Ataullah Siddiqui (ed.), The Islamic Foundation, Leicester and IIIT, Herndon, 1998.

[5] Al-Faruqi, Christian Ethics: A Systematic and Historical Analysis of Its Dominant Ideas, McGill University Press, Montreal and Djambatan, Amsterdam, 1968. Selepas ini dirujuk sebagai Christian Ethics. Buku ini dianggap oleh Esposito sebagai masterpiece al-Faruqi yang dihasilkan selama dua tahun semasa beliau berada di Institut Pengajian Islam, Universiti McGill. Ia merupakan analisis kritis dan sumbangan pemikiran daripada seorang pemikir Islam terhadap agama Kristian.

[6] Al-Faruqi, Al-Tawhid: Its Implications for Thought and Life, IIIT, Herndon, 1982, 2nd ed. [1992].

[7] Al-Faruqi & Lois L, The Cultural Atlas of Islam, The Macmillan, New York, 1986.

[8] Keterangan ini ialah untuk memberi amaran tentang kegagalan pentafsiran atau kekeliruan yang berlaku dalam agama Kristian, Yahudi, Buddha dan beberapa kitab lain yang tidak selari dengan Islam.

[9] Beliau merupakan seorang paderi Kristian dan tokoh falsafah Barat yang memberikan perhatian khusus terhadap isu pluralisme agama dan banyak menulis buku tentangnya seperti Problems of Religious Pluralism, The Myth of God Incarnate, God Has Many Names dan lain-lain. Lahir di Yorkshire dan pernah melawat Mesir dan Pakistan.

[10] Konsep agama fitrah ini bermaksud semua manusia pada asal kejadiannya dilahirkan secara semulajadinya sebagai Muslim. Hujah al-Faruqi ialah hadith Rasulullah (s.a.w) (kullu mawludin yuladu ‘ala al-fitrahhadith riwayat Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurayrah). Lihat al-Bukhari, Abu ‘Abdullah Muhammad bin Ismail, Sahih Bukhari, Kitab al-Jana’iz, Bab Idha aslama al-sabiyy fa mata hal yusalla ‘layhi wa hal yu‘rada ‘ala al-sabiyy al-Islamu, juz. 1, Dar Ihya’ al-Kutub al-‘Arabiyyah, Beirut, t.t., hlm. 235.

[11] Perkataan Islam, Yahudi dan Kristian disebut bersama-sama untuk menunjukkan eratnya hubungan antara mereka. Gabungan ketiga-tiga agama ini boleh dilihat dalam surah al-Baqarah 2: 62 dan al-Ma’idah 5: 69.

[12] Konsep Meta-religion merupakan satu metodologi yang digunakan al-Faruqi untuk berdialog dengan agama-agama lain khususnya Yahudi dan Kristian. Ia mengandungi enam prinsip dan dihuraikan dengan panjang lebar dalam bab pendahuluan buku beliau, Christian Ethics dan juga artikel beliau bertajuk Meta-religion: Towards A Critical World Theology.

[13] Hadith riwayat Abu Dawud, Sunan Abi Dawud, Kitab al-Kharaj wa al-Imarah wa al-Fai’, Bab Fi Tasyir Ahl al-Dhimmah izha ikhtalafu bi al-Tijarat, juz. 3, no. hadith 3052, Dar al-Hadith, al-Qahirah, 1988, hlm. 168.